Thursday, June 26, 2008

Sabah Negeri Dibawah Bayu

Berkesempatan bekerja selama hampir 2 minggu di negeri Sabah, saya merasakan cukup bersyukur kerana di lahirkan di Negara Malaysia. Malaysia sememangnya kaya dengan produk pelancongan yang sangat cantik dan setanding dengan tempat lain di dunia. Walau bagaimana pun, mungkin promosi yang dijalankan kurang memberangsangkan jangan terkejut sekiranya pelancong luar lebih mengetahui tentang produk kita berbanding kita sendiri yang lahir di sini.

Antara tempat menarik yang saya sempat lawati adalah seperti Tip of Borneo, Kalapai resort (resort di tengah laut), Mabul Island, Pulau Tiga , Borneo Kelly Bay, Kota Belud (terkenal dengan pasar tamu), Labuan, Tawau Hill Park, Unduk Ngadau, Rungus Long House, Kinabalu Park dan banyak lagi. Yang menariknya perjalanan saya kali ini adalah kepadatan masa yang tidak terkata. Walau pun sudah berkali-kali (sampai tidak terbilang) pergi ke Sabah, perjalanan inilah yang saya akan ingat untuk anak-anak saya.

Tun Fatimah.

No comments: