Thursday, June 26, 2008
Sabah Negeri Dibawah Bayu
Antara tempat menarik yang saya sempat lawati adalah seperti Tip of Borneo, Kalapai resort (resort di tengah laut), Mabul Island, Pulau Tiga , Borneo Kelly Bay, Kota Belud (terkenal dengan pasar tamu), Labuan, Tawau Hill Park, Unduk Ngadau, Rungus Long House, Kinabalu Park dan banyak lagi. Yang menariknya perjalanan saya kali ini adalah kepadatan masa yang tidak terkata. Walau pun sudah berkali-kali (sampai tidak terbilang) pergi ke Sabah, perjalanan inilah yang saya akan ingat untuk anak-anak saya.
Tun Fatimah.
Tuesday, June 10, 2008
Deerland Park, Lanchang
Bila masuk sahaja ke Deerland Park ni, memang macam "back to nature" leee...memang best..dengan rusa yang jinak, sun bear yang comel (macam teddy bear la), ostrich, monyet, kancil dan ada beberapa haiwan lain yang biasa boleh kita lihat di zoo. Tapi pada pandangan saya, tempat ini memang berbeza dari tempat-tempat lain yang pernah saya lawati.
Sebenarnya Deerland Park ini hanya lebih kurang 5 kilometer dari Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary. Tetapi apa yang menarik di sini, rusa-rusa yang dipelihara sangatlaaaa jinak...sampai baju pun dia gigit nak makan...boleh pegang dan usap-usap kepala lagi...memang best.
Deerland Park ini luasnya lebih kurang 12 hektar sahaja, dimiliki oleh individu persendirian yang memang sukakan alam semula jadi. Saya memang kagum dengan usaha beliau. Entry masuk untuk dewasa RM 5 dan RM 3 untuk kanak-kanak. Dibuka setiap hari kecuali hari jumaat. Dari 10.30 pagi hingga 5.30 petang. Untuk maklumat lanjut boleh la hubungi En Abdullah di talian 013-9676242 atau email kraunaturepark[at]yahoo.com. Di sini pun, ada kemudahan tapak perkhemahan. Apa lagi, bagi kaki-kaki camping, mungkin ini adalah salah satu tempat yang patut dicuba.
Apa yang bestnya semasa saya di sana, kami dijamu dengan nasi dan lauk kampung yang dimasak di dalam buluh. Nasi dibungkus dengan daun apa tak ingat, sayur pucuk ubi dengan rebung dimasak lemak pedas, ikan talapia bakar cicah sambal kicap dengan potongan lada... Pergh!!! seumur hidup saya ni la kali pertama saya dapat merasai masakan kampung yang memang sedap..(mungkin memang lapar kot...) Tapi sayangnya, kerana asyik menikmati makanan sampai lupa nak ambik gambar. :P
p/s : Pic credit to Rahman (photographer TM)
Selamat Datang ke Malaysia
Rasa sangat bertuah dilahirkan sebagai warga MALAYSIA. Berkesempatan berjalan ke seluruh Malaysia menyebabkan rasa terpanggil untuk menulis di blog ini. Walhal, saya sudahpun mempunyai blog yang lain. Tujuan blog ini dicipta adalah untuk rujukan anak-anak saya supaya ia menjadi satu rujukan untuk mereka bila mereka besar kelak. Mungkin destinasi yang pernah saya kunjungi akan hilang lenyap tetapi dengan adanya blog ini destinasi itu akan terus kekal di sini.
Sekian, terima kasih.
Tun Fatimah